Tuesday, June 23, 2009

Rabun mata

Mata manusia mempunyai fungsi seperti kamera bagi melihat dengan jelas. Objek yang sedang dilihat akan difokuskan keatas retina. Keadaan ini dapat dicapai dengan kuasa menumpu yang ada pada kornea dan kanta. Sebaliknya bila imej tidak difokuskan dengan tepat ke atas retina, penyakit mata iaitu rabun mata akan terjadi. Ini akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan masalah atau penyakit mata ini boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta sentuh.

Rabun mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis:

  • Myopia (rabun jauh)

: Imej difokuskan di hadapan retina

  • Hyperopia (rabun dekat)

: Imej difokuskan di belakang retina

  • Astigmatism

: Imej yang terbentuk mempunyai lebih daripada satu titik fokus

Simpton penyakit mata ini

  • Miopia

: Penglihatan jauh menjadi tidak jelas, sebaliknya penglihatan dekat sangat jelas

  • Hyperopia

: Penglihatan jauh menjadi lebih baik dari penglihatan dekat. Mata mudah penat jika tidak dibetulkan.

  • Astigmatism

: Kabur hampir dikesemua jarak dan imej menjadi senget atau tidak sempurna


Komplikasi

Rabun mata pada orang dewasa, jika tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan tidak selesa pada mata, mata penat dan kadangkala mungkin sakit kepala.

Rabun mata di kalangan kanak-kanak memerlukan perhatian yang khusus dan penjagaan mata yang betul. Ini kerana rabun yang tidak dirawat dengan sempurna boleh menyebabkan berlakunya ambliopia (mata malas).

Rawatan

Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan untuk rabun mata miopia, hiperopia dan astigmatisma. Rawatan rabun mata secara bukan pembedahan termasuklah cermin mata dan kanta sentuh. Rawatan rabun mata secara pembedahan pula termasuklah kaedah menggunakan laser dan kaedah pembuangan kanta mata jernih. Walaupun beberapa kaedah pembedahan wujud dalam membetulkan rabun mata pada masa ini, bagaimanapun tak semua individu merupakan calon yang sesuai untuk kaedah-kaedah tersebut. Pesakit rabun mata perlu diperiksa dengan cara terperinci terlebih dahulu oleh doktor sebelum apa-apa keputusan dibuat untuk menentukan kesesuaiannya.

Pencegahan

Bagi kanak-kanak adalah disyorkan mengurangkan aktiviti, seperti membaca dengan terlalu lama, menonton televisyen dalam jarak yang dekat atau menghadap skrin komputer dalam jangka masa lama, bagi mengurangkan risiko berlakunya rabun mata myopia (rabun jauh).

Masalah-masalah lain yang berkaitan

Rabun mata Presbiopia (rabun tua) adalah biasanya terjadi kepada mereka yang berumur 40 tahun dan keatas. Ini berlaku disebabkan oleh keadaan perubahan pada kanta mata apabila umur seseorang meningkat. Keupayaan kanta bagi memfokus untuk melihat objek dekat adalah semakin berkurangan. Rabun mata Presbiopia boleh terjadi pada semua orang, dan pada akhirnya mereka perlu untuk memakai cermin mata membaca atau bifokal. Rabun mata Presbiopia tidak boleh dirawat dengan kaedah laser.

Ubat mata yang sesuai juga boleh diambil untuk mengatasi masalah rabun mata

Sunday, June 21, 2009

Ubat mata Permata hijrah

Ubat mata Permata Hijrah telah diformulasikan oleh dua orang tabib yang telah dihasilkan berdasarkan pengajian dengan ulama terkenal dari Kelantan dan juga Patani melalui penemuan khazanah dalam kitab-kitab tua. Ubat mata ini telah terbukti kemujarabannya untuk menyelesaikan penyakit - penyakit mata. Ubat mata Permata Hijrah telah dikilangkan melalui kilang bertaraf GMP yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Permata hijrah telah menghasilkan ubat mata yang dihasilkan melalui formula air zam-zam, air suling bermutu tinggi, mutiara dari dalam laut, herba dan juga karangan laut. Ubat mata ini tidak memedihkan mata dan boleh menyejukkan mata, menyegarkan, menyihatkan mata dan juga membantu merawat masalah mata. Ubat mata ini tidak mengandungi bahan kimia dan tidak memabukkan serta boleh meneutralkan bahan kimia.

Terdapat beberapa kategori atau jenis ubat mata dari Permata Hijrah. Ubat mata paling asas digunakan bagu tujuan mencuci mata, masalah gatal mata, mata berair, ketumbit dan untuk mengeluarkan habuk dalam mata.

Ubat mata peringkat seterusnya digunakan untuk peringkat permulaan rabun. Ubat mata ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan "POWER" kaca mata, mengatasi masalah rabun dekat dan jauh serta mencairkan masalah selaput lendir yang tumbuh dalam mata semuanya dengan izin ALLAH.

Seterusnya, Permata hijrah juga mengeluarkan beberapa kategori ubat mata untuk mengatasi masalah rabun malam, rabun ayam, masalah silau mata yang serius, masalah urat saraf mata serius, retina rosak, kornea koyak, masalah katarak yang lebih serius, masalah saluran air mata yang tersumbat, masalah kekeringan airmata, masalah mata yang sangat letih, masalah rabun dekat dan rabun jauh yang lebih serius.

Friday, June 19, 2009

Penyakit mata glaukoma

Terdapat anggaran bahawa satu daripada setiap tujuh orang buta disebabkan oleh penyakit mata glaukoma. Sebenarnya, apa yang dikatakan penyakit mata glaukoma? Glaukoma ialah sejenis penyakit mata yang menyebabkan mata rosak yang disebabkan tekanan cecair yang terlalu tinggi dalam bebola mata. Tekanan tinggi dalam bebola mata ini akan menyebabkan sakit mata yang akan merosakkan sel retina dan serabut saraf yang hingga menyebabkan ruang penglihatan sekitar seseorang itu akan menjadi semakin sempit dan kemudiannya mungkin akan terus menjadi buta. Terdapat hampir dua peratus daripada mereka berusia melebihi 40 tahun yang menghidap sakit mata glaukoma.

Terdapat empat jenis penyakit mata glaukoma yang biasanya berlaku iaitu, glaukoma akut/glaukoma sudut tertutup, glaukoma kronik/glaukoma sudut terbuka, glaukoma sekunder dan glaukoma kongenital. Keempat-empat jenis penyakit mata glaukoma ini dicirikan melalui peningkatan tekanan dalam bola mata. Oleh demikian, kesemua jenis-jenis tersebut boleh menyebabkan kerosakan kepada saraf optik yang berlaku secara beransur-ansur.

Apabila saraf optik berkeadaan bertambah teruk, terdapat juga perubahan berlaku kepada titik buta dan juga medan penglihatan yang akan membawa kepada kebutaan kemudiannya. Kesemua jenis kebutaan disebabkan oleh penyakit mata glaukoma boleh dielakkan sebenarnya jika dapat dikesan lebih awal. Sakit mata Glaukoma biasanya tidak boleh disembuhkan, walaubagaimanapun dalam banyak kes, dapat dirawat dengan baik jika rawatan atau ubat mata yang tepat diberikan.

Untuk pengetahuan, terdapat perbezaan di antara setiap jenis penyakit mata ini. Untuk glaukoma akut/glaukoma sudut tertutup simpton yang biasa dialami ialah sakit mata yang teruk, kekaburan pada penglihatan, mata merah, keras dan sensitif, anak mata hitam menjadi membesar, loya dan muntah dan terasa sakit di dahi atau kepala. Simpton ini wujud dengan amat cepat jika ia berlaku di kalangan warga tua, terutamanya untuk mereka yang rabun dekat.