Friday, June 19, 2009

Penyakit mata glaukoma

Terdapat anggaran bahawa satu daripada setiap tujuh orang buta disebabkan oleh penyakit mata glaukoma. Sebenarnya, apa yang dikatakan penyakit mata glaukoma? Glaukoma ialah sejenis penyakit mata yang menyebabkan mata rosak yang disebabkan tekanan cecair yang terlalu tinggi dalam bebola mata. Tekanan tinggi dalam bebola mata ini akan menyebabkan sakit mata yang akan merosakkan sel retina dan serabut saraf yang hingga menyebabkan ruang penglihatan sekitar seseorang itu akan menjadi semakin sempit dan kemudiannya mungkin akan terus menjadi buta. Terdapat hampir dua peratus daripada mereka berusia melebihi 40 tahun yang menghidap sakit mata glaukoma.

Terdapat empat jenis penyakit mata glaukoma yang biasanya berlaku iaitu, glaukoma akut/glaukoma sudut tertutup, glaukoma kronik/glaukoma sudut terbuka, glaukoma sekunder dan glaukoma kongenital. Keempat-empat jenis penyakit mata glaukoma ini dicirikan melalui peningkatan tekanan dalam bola mata. Oleh demikian, kesemua jenis-jenis tersebut boleh menyebabkan kerosakan kepada saraf optik yang berlaku secara beransur-ansur.

Apabila saraf optik berkeadaan bertambah teruk, terdapat juga perubahan berlaku kepada titik buta dan juga medan penglihatan yang akan membawa kepada kebutaan kemudiannya. Kesemua jenis kebutaan disebabkan oleh penyakit mata glaukoma boleh dielakkan sebenarnya jika dapat dikesan lebih awal. Sakit mata Glaukoma biasanya tidak boleh disembuhkan, walaubagaimanapun dalam banyak kes, dapat dirawat dengan baik jika rawatan atau ubat mata yang tepat diberikan.

Untuk pengetahuan, terdapat perbezaan di antara setiap jenis penyakit mata ini. Untuk glaukoma akut/glaukoma sudut tertutup simpton yang biasa dialami ialah sakit mata yang teruk, kekaburan pada penglihatan, mata merah, keras dan sensitif, anak mata hitam menjadi membesar, loya dan muntah dan terasa sakit di dahi atau kepala. Simpton ini wujud dengan amat cepat jika ia berlaku di kalangan warga tua, terutamanya untuk mereka yang rabun dekat.

2 comments:

  1. Saya adalah penderita sakit mata glaukoma. Saya telah sembuh berkat obat tetes mata glaukoma. Kalau Anda sakit glaukoma dan ingin sembuh seperti saya silakan baca blog saya di http://www.tokoradixvitae.blogspot.com atau silakan telpon saya di +6281913215160

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Di samping mengamalkan produk berkenaan, boleh berikhtiar cara tradisional dgn mengubati akar mata dengan rawatan khas:

    Rawatan membersihkan akar mata cara tradisional

    Semoga berjaya pulih. Thanks.

    ReplyDelete